Khamis, 11 September 2008

kebanggaan orang klang

bah kut teh adalah makanan yang paling popular di bandar klang. kebanyakan bangsa tionghua di klang berasa bangga apabila kemana-mana mereka pergi, hidangan bah kut tehlah yang akan disebut-sebut selepas mengetahui tempat asal mereka. makanan ini juga dikenali diseluruh dunia apabila iklan restoran tersebut terteranya "BAH KUT TEH KLANG".

bah kut teh merupakan sejenis herba yang dimasak bersama daging(boleh pilih apa saja jenis daging mengikut agama sendiri) herba tersebut boleh membantu menambahkan kesihatan badan terutamanya menguatkan sistem imun serta menambahkan kekuatan badan. kita akan terasa sentiasa segar dengan bantuan akar kayu yang dimasak bersama.

malaysia merupakan negara majmuk yang dimiliki oleh bangsa melayu, cina dan india, makanan diantara ketiga-tiga kaum telah disukai oleh semua bangsa. yakni cha kueh tiew; yong tau fu; ling chee kang , roti canai, capati, kuih dodol dan sebagainya.makanan dan budaya yang unik inilah mewarnai malaysia. bangsa malaysia bangsa yang bersatu. bangsa malaysia bangsa yang bertolenrasi , bangsa malaysia bangsa yang berjaya. selamat berjuang bangsaku.